Ikuti Kami:

Tindakan Pantas Song Jihyo ‘Selamatkan’ Kim Jongkook Di ‘2020 SBS Entertainment Awards’ Raih Perhatian Netizen

Tindakan Pantas Song Jihyo ‘Selamatkan’ Kim Jongkook Di ‘2020 SBS Entertainment Awards’ Raih Perhatian Netizen

Baru-baru ini, pasti semua gembira apabila melihat Kim Jong-kook dianugerahkan anugerah paling besar di ‘2020 SBS Entertainment Awards’. Tambah-tambah peminat “Running Man” yang menyambutnya dengan meriah sekali!

Pun begitu, dalam pada sambutan itu, tindakan spontan Song Ji-hyo semasa Kim Jong-kook berjalan ke arah pentas untuk mengambil anugerahnya itu menarik perhatian ramai.

Semasa namanya diumumkan, Kim Jong-kook terus berpelukan dengan kesemua ahli “Running Man” dan tanpa sengaja dapat dilihat pelitup muka miliknya terjuntai keluar daripada poket belakang seluarnya.

song jihyo

Pun begitu, dengan kepantasan ‘Ace Ji-hyo’, pelitup itu ditarik dengan cepatnya oleh wanita itu sebelum Kim Jong-kook sempat naik ke atas pentas dan menjadi perhatian ramai sekiranya dirakamkan oleh kamera.

Disebabkan oleh itu, ramai yang memuji tindakan Song Ji-hyo yang peka dan menjaga imej ahli “Running Man” tersebut.

Laju sahaja tangan Song Ji-hyo menarik pelitup muka itu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...