Ikuti Kami:

Timbul Khabar Angin Ramai Pelakon Wanita Takut Berlakon Sekali Dengan Kim Seonho Kini?

Timbul Khabar Angin Ramai Pelakon Wanita Takut Berlakon Sekali Dengan Kim Seonho Kini?

Sekian lama menanti, pastinya ramai peminat yang tertunggu-tunggu comeback pelakon Kim Seon-ho dalam dunia K-Drama kan?

Selepas terpalit dengan skandal melibatkan bekas teman wanitanya pada 2020, pelakon lelaki itu nampaknya lebih berhati-hati memilih projek lakonannya kini.

Pun begitu, ramai yang teruja apabila mendapat tahu Kim Seon-ho menerima tawaran untuk menerajui drama bersejarah “Hash’s Shinru” pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun, harapan hanya tinggal kenangan apabila baru-baru ini agensinya mengesahkan bahawa mereka menolak tawaran berkenaan selepas menjalani perbincangan mendalam bersama pihak produksi.

Kelmarin, sebuah entri di laman komuniti popular Korea mendapat perhatian ramai apabila ia mendedahkan kononnya rata-rata pelakon wanita memilih untuk mengelak untuk berlakon dengan lelaki itu kini kerana risau menerima tentangan umum. Tulis individu dalam entri itu,

Kim Seon-ho menerima tawaran untuk berlakon watak si genius Putera Raja Lee Hyang dan telah menelitinya dengan positif. Tapi, semasa sedang menimbal balik watak teraju utama itu, urusan mencari teraju wanita menjadi satu hal yang sangat sukar. Kebanyakan nama pelakon wanita yang tersenarai telah menolak untuk menerajui ‘Hash’s Shinru’.

kim seonho

Sambung entri itu lagi,

Beberapa pelakon wanita mempertimbangkan untuk mengambil tawaran itu namun mereka mengutarakan pelbagai perkara pada pihak produksi dengan menggunakan alasan ‘risiko bekerja dengan Kim Seon-ho sangat tinggi’. Akhirnya, pihak produksi memilih untuk merombak semula kesemua barisan pelakon dan membuat keputusan untuk menarik Kim Seon-ho daripadanya.

Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-ratanya mempersoalkan mengapa pelakon wanita perlu berasa risau sedangkan orang awam sepertinya menyebelahi Kim Seon-ho selepas insiden berkenaan.

Malah lelaki itu turut bergandingan dengan Go Ara tanpa sebarang masalah untuk filem “The Childe” yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Bukan itu sahaja, Park Gyu-young juga dilihat menerima tawaran untuk berlakon bersama Kim Seon-ho untuk drama misteri “Dead Person”.

Ye ke khabar angin ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...