Ikuti Kami:

Timbul Kesangsian Abang, Song Jihyo Bawa Watak Adik Misteri Dalam Filem Thriller ‘The Intruder’ Pada Mac Ini!

Timbul Kesangsian Abang, Song Jihyo Bawa Watak Adik Misteri Dalam Filem Thriller ‘The Intruder’ Pada Mac Ini!

Biasa kalau anda lihat Song Jihyo dalam “Running Man”, mesti terhiburkan dengan watak polosnya yang ‘blur’ sentiasa. Walaupun sering malukan diri sendiri bila ada misi melibatkan kebijaksanaan contohnya kuiz sejarah atau pun soalan matematik, tetapi wanita ini hebat dan tangkas sebenarnya. Kalau nak diikutkan kekuataanya, dia boleh lawan semua ahli “Running Man” kecuali si harimau Kim Jongkook sahaja.

Muncul dengan drama seram

Nampak ceria sahaja dalam rancangan hiburan tapi tahu tak yang pelakon wanita ini mula muncul dalam bidang lakonan menerusi filem seram bertajuk “Wishing Stairs” di bawah siri “Whispering Corridors” yang disetkan di sekolah perempuan sahaja. Rakyat Korea rata-ratanya memang tahu sangat dengan filem ini dan naskhah inilah yang melonjakkan nama Song Jihyo dalam dunia lakonan.

song jihyo wishing stairs

Selepas daripada sukses filem “Whishing Stairs”, wanita berusia 39 tahun itu lebih banyak muncul dalam drama prasejarah dan juga romantik. Dah jarang dah lihat dia bawa watak menyeramkan melainkan dalam drama “Lovely Horribly” di mana dia membawa nasib malang dan sering gagal dalam segala benda. Pun begitu, naskhah ini lebih kepada romantik dan tidak ngeri sangat pun sebenarnya.

song jihyo lovely horribly

Kembali dengan filem thriller misteri

Sebenarnya pada April 2019, Song Jihyo telah berlakon dalam sebuah filem yang bertajuk “Mother” di mana ia membawa kisah thriller misteri di antara sepasang adik beradik. Wanita itu memainkan watak sebagai Yoojin, adik perempuan yang menghilangkan diri namun kembali semula ke pangkuan keluarganya selepas 25 tahun. Keliru dengan kehadirannya, si abang Seojin yang dilakonkan oleh pelakon Kim Mooyeol menjadi sangsi dan sentiasa memerhatikan gerak geri adiknya itu. Meskipun sama sahaja rupanya semasa dia belum hilang tetapi aura Yoojin kelihatan pelik sehingga membuatkan Seojin tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan adiknya itu.

song jihyo filem the intruderWalaupun sudah tamat penggambaran pada tahun lepas tetapi filem itu kini hanya sah ditayangkan pada Mac ini. Pada asalnya, tajuk filem ini ialah “Mother” tetapi kini ia telah ditukar kepada “The Intruder” yang lebih bersesuaian dengan plot ceritanya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar mereka dengan berita ini kerana ingin melihat Song Jihyo lari daripada sisi romantik dan ‘lurus’nya. Peminat yang mula meminatinya sejak daripada filem “Whishing Stairs” juga teruja melihat dia kembali membawa watak seram seperti dahulu!

Sumber: Joongang Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...