Tidak dinafikan lagi bahawa Lim Young-woong merupakan salah seorang penyanyi terkemuka di Korea Selatan.

Baru-baru ini, jualan tiket untuk konsert Lim Young-woong selama 6 hari di Seoul telah dibuka dan salah seorang wartawan berkongsi pengalamannya cuba untuk mendapatkan tiket berkenaan.
Khususnya, jualan tiket bermula pada jam 8 pagi dan 10 minit sebelum pembukaan, laman web itu telah crash kerana terlalu ramai orang yang mengaksesnya.
Menurut agensi penyanyi itu, seramai 3,700,000 orang telah cuba untuk membeli tiket hanya dalam masa satu minit selepas pembukaan jualan. Interpark iaitu ejen jualan berkata bahawa ia merupakan jumlah trafik tertinggi yang pernah mereka lihat.
Dengan ini, wartawan telah menggelar Lim Young-woong sebagai satu-satunya penyanyi yang boleh menewaskan BTS di Korea Selatan. Hal ini kerana, pangkalan peminat BTS adalah lebih global manakala pangkalan peminat Lim Young-woong adalah lebih tertumpu di tanah airnya sendiri.
Sementara itu, semua tiket untuk konsert 6 hari Lim Young-woong telah habis dijual.
Mantap la!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.