Ikuti Kami:

Tiket Flight Ke Korea Murah Sakan Sebab Kes COVID-19 Kian Teruk, Tapi Ada Yang Ambil Risiko & Beli?

Tiket Flight Ke Korea Murah Sakan Sebab Kes COVID-19 Kian Teruk, Tapi Ada Yang Ambil Risiko & Beli?

Umum mengetahui bahawa kes CONVID-19 kini kian menular di serata negara Korea. Meskipun berada di tangga yang rendah pada awalnya tetapi sekarang negara itu mempunyai bacaan kes terbanyak bagi negara luar daripada China!

Mengejutkan kerana kes yang dilaporkan sudah menjangkau angka 833 walhal pada Jumaat lepas, mereka hanya mendapat 31 kes di bawah pantauan. Kalau anda nak tahu, penularan secara pantas ini berlaku kerana seorang warga emas yang juga merupakan ahli gereja kultus kontroversi iaitu ‘Shincheonji’ telah menyebarkannya ke sebuah wad psikiatrik di daerah Daegu. Para pesakit itu langsung tak pernah tinggalkan bilik khas tersebut lantas membuatkan virus tersebar dengan lebih cepat.

convid-19 di korea

Lagi parah apabila wanita tua itu telah menolak pemeriksaan doktor sebanyak 3 kali sebelum ‘melarikan’ diri daripada hospital. Dia kemudiannya menghadiri upacara keagamaan di gereja dan telah bertemu dengan lebih daripada 1,000 ahli rumah ibadat itu lantas menyebabkan keadaan menjadi lebih serius.

Korea diwartakan sebagai negara yang tidak boleh dilawati sekarang kerana kes COVID-19 yang semakin serius pada saban hari. Mungkin disebabkan itu juga, sudah ramai warga Malaysia yang membatalkan perjalanan mereka ke sana bagi memastikan semuanya selamat dahulu. Lepas dah banyak batal, nampaknya syarikat penerbangan popular telah menawarkan harga runtuk untuk destinasi Korea-Malaysia.

Dengar cerita ramai yang dah lama impikan nak bercuti di Korea tersenyum lebar apabila melihatkan harga tak masuk akal ini. Ada sahaja yang dah beli tiket penerbangan ke sana kerana tahu tiada lagi harga seperti ini pada masa hadapan.

tiket penerbangan airasia ke korea murah

Tetapi harus diingat kerana Korea sekarang ini berada dalam keadaan bahaya. Bahkan kerajaan mereka sendiri dah umumkan penangguhan kemasukan penggal baru untuk pelajar sekolah dan universiti kerana isu virus CONVID-19 yang semakin membimbangkan.

tiket penerbangan airasia ke korea murah

Memanglah dapat berjalan dengan harga murah tapi berbaloi ke serah diri kepada CONVID-19 di sana nanti?

Sumber: AmazingNara

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...