Ikuti Kami:

Tidak Mampu Tahan Tangisan, Gong Hyojin Raih Anugerah Utama Pertamanya Menerusi ‘When The Camellia Blooms’

Tidak Mampu Tahan Tangisan, Gong Hyojin Raih Anugerah Utama Pertamanya Menerusi ‘When The Camellia Blooms’

Tidak dinafikan bahawa drama “When The Camellia Blooms” yang ditayangkan di bawah saluran KBS telah mendapat perhatian ramai peminat K-Drama daripada Korea dan juga seluruh dunia. Rasanya drama ini merupakan satu-satunya naskhah siri mini yang berjaya mengaut rating lebih daripada 20% untuk tahun 2019 sekaligus membuktikan kepopularitiannya!

when the camellia blooms

Bagi yang tidak tahu, “When The Camellia Blooms” membawa kisah seorang ibu tunggal iaitu Dongbaek (Gong Hyojin) yang sering menerima pandangan pelik orang sekeliling kerana statusnya itu serta pekerjaannya sebagai seorang pemilik bar. Bukan sahaja ada masalah dengan orang ramai, dia juga melalui dilema dengan ayah (Kim Jiseok) kepada anaknya yang tiba-tiba mahukan cintanya kembali walaupun sudah berkahwin dengan selebriti terkenal. Ditambah pula dengan kehadiran Yongshik (Kang Haneul) iaitu seorang pemuda naif yang jatuh cinta pandang pertama dengan Dongbaek. Kebanyakan penonton kasihan melihat liku hidup wanita itu selain tersentuh melihat kesungguhan Yongshik yang sedaya upaya cuba memenangi hati ibu tunggal itu.

Selepas kejayaan drama ini dan kehebatan lakonan Gong Hyojin yang memainkan watak Dongbaek, ramai penonton menebak bahawa pelakon wanita itu bakal membawa pulang trofi terbesar pada “2019 KBS Drama Awards” iaitu Anugerah Utama (Daesang). Nyata jangkaan itu tepat kerana Gong Hyojin berjaya merangkul anugerah besar itu kerana lakonannya yang mantap dalam drama romantik komedi tersebut.

Semasa diumumkan sebagai pemenang, wanita itu ternyata tidak dapat menahan rasa sebaknya. Pelakon lain dalam drama tersebut terus mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Gong Hyojin, sepertinya mereka juga gembira dengan kemenangannya.

gong hyojin menang anugerah utama

Gong Hyojin mengakui bahawa berada di tempat tersebut sebagai pemenang merupakan satu momen yang tidak menyenangkan. Mungkin kerana dia dicalonkan dengan nama-nama besar yang lain. Pun begitu, dia menjelaskan bahawa “When The Camellia Blooms” menerima limpahan kasih sayang daripada orang ramai dan dia sangat berterima kasih dengan perhatian tersebut.

gong hyojin menang anugerah utama

Meskipun ucapannya terberhenti seketika kerana berasa sebak, tapi dia tetap meneruskannya sehingga habis. Dia berterima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat bagi menjayakan “When The Camellia Blooms”. Gong Hyojin juga menyatakan bahawa dia berharap dapat berlakon lagi dalam naskhah seperti drama tersebut suatu hari nanti.

gong hyojin menang anugerah utama

Bukan sahaja Gong Hyojin bahkan teraju utama lain dalam “When The Camellia Blooms” turut berjaya meraih pelbagai anugerah pada malam tersebut. 12 trofi kesemuanya! Tahniah diucapkan!

Sumber: Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...