Ikuti Kami:

Tidak Guna Nama Sendiri, Lee Minho Sumbang Lebih RM1 Juta Untuk Pencegahan COVID-19!

Tidak Guna Nama Sendiri, Lee Minho Sumbang Lebih RM1 Juta Untuk Pencegahan COVID-19!

Seperti yang anda ketahui, kes COVID-19 di Korea telah mencapai ke paras yang serius. Pagi ini sahaja (2 Mac), sudah 4,212 jumlah kes disahkan di sana, menjadikan ia sebagai negara dengan kes tertinggi selain daripada China.

Di kesempatan ini, ramai selebriti popular Korea yang telah menggunakan kemampuan mereka unutk membantu golongan yang memerlukan. Antaranya ialah Jun Jihyun, IU, Song Joongki, Nam Joohyuk, Lee Seunggi, Park Shinhye, kesemua ahli kumpulan Red Velvet, ahli kumpulan EXO (Suho, Lay, Chanyeol dan Kai) serta ramai lagi.

covid-19 di korea

Pun begitu, mengejutkan apabila pelakon Lee Minho dalam senyap telah menderma sebanyak 300 milion won (RM 1,058,862) ke 8 organisasi yang berbeza. Antara pertubuhan tersebut ialah “Fruit Of Love”, “Good Neighbours”, “Love Bridge”, “Save The Children”, “Green Umbrella” dan tiga lagi organisasi untuk kanak-kanak. Sumbangan tersebut adalah untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan pencegahan dan perubatan.

lee minho derma untuk covid-19

Mengharukan apabila Lee Minho mendermakan sejumlah wang yang besar ini bukan di bawah namanya sahaja bahkan turut meletakkannya di bawah nama peminat. Tindakan mulianya ini nyata mendapat pujian daripada orang ramai.

Tak sabar nak saksikan Lee Minho beraksi semula di layar kaca televisyen menerusi drama fantasi “The King: Eternal Monarch” pada bulan April nanti!

Sumber: Ilgan Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...