Ikuti Kami:

“Tidak Dihubungi” – 10 Hari Berlalu, Song Jihyo Masih Belum Terima Bayaran Bekas Agensi

“Tidak Dihubungi” – 10 Hari Berlalu, Song Jihyo Masih Belum Terima Bayaran Bekas Agensi

Meskipun sudah 10 hari berlalu, namun kemelut antara Song Ji-hyo dan bekas agensinya, Uzurocks masih berterusan.

Menurut wakil pelakon wanita itu, mereka masih belum menerima bayaran penyelesaian meskipun sudah beberapa kali dijanjikan oleh agensi berkenaan.

Kami masih belum menerima bayaran yang sepatutnya dan mereka tak pernah menghubungi langsung.

song jihyo

Asalnya berjanji untuk membayar pada 1 Mei, agensi itu kemudian menunda kepada 4 Mei namun meminta tempoh hingga 10 Mei. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, Uzurocks terus berdiam diri dan tidak menunaikan janji yang sekian lama tertangguh.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebelum ini, pihak Song Ji-hyo akan meneruskan saman bagi mendapatkan semula baki bayaran pengiklanan yang tertangguh.

Ish ish..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...