Ikuti Kami:

Tidak Bergejala, Sunggyu INFINITE Disahkan Positif COVID-19

Tidak Bergejala, Sunggyu INFINITE Disahkan Positif COVID-19

Dikhabarkan bahawa Sung-gyu daripada kumpulan INFINITE disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan agensinya,

Hello, ini ialah agensi Kim Sung-gyu. Pada pagi 27 Jun, kami menerima perkhabaran bahawa Kim Sung-gyu disahkan positif COVID-19.

Sung-gyu sering menjalani ujian tersebut pada saban minggu bagi bersedia untuk muzikal ‘Gwanghwamun Sonata”. Dia juga telah menerima vaksin Jan ssen pada 10 Jun lalu namun disahkan positif hari ini (kelmarin).

Kim Sung-gyu ialah pembawa tidak bergejala dan tidak apa yang pelik pada kondisinya. Kesemua staf dan kakitangan yang menjadi kontak rapat dengan Kim Sung-gyu telah menjalani ujian COVID-19 dengan segera.

Kim Sung-gyu akan menunda segala aktiviti dan mengikut peraturan yang ditetapkan jawatankuasa kuarantin. Staf yang menjadi kontak rapat juga akan menjalani kuarantin kendiri, tak kisah apa pun keputusan ujian mereka.

Kami akan mencuba sebaik mungkin untuk mematuhi pengurusan kuarantin dan bekerjasama dengan polisi kerajaan selain akan menguruskan artis kami sebaiknya. Kami memohon maaf kerana menimbulkan kesulitan. Terima kasih.

kim sunggyu

Semoga cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...