Ikuti Kami:

Tiba-Tiba Rebah, Kim Hyunjoong Didedahkan Beri Bantuan Kecemasan Sehingga Chef Kembali Sedar

Tiba-Tiba Rebah, Kim Hyunjoong Didedahkan Beri Bantuan Kecemasan Sehingga Chef Kembali Sedar

Tak kisahlah selebriti atau pun individu biasa, apabila melihat orang lain dalam kesusahan, sudah pasti akan terdetik niat untuk menolong kan? Tapi ada kalannya kita panik sehingga tak mampu nak bergerak namun tidak bagi Kim Hyun-joong yang bertindak pantas dalam menyelamatkan seorang tukang masak yang tiba-tiba jatuh pengsan.

Dilaporkan pada 31 Ogos lepas semasa selebriti itu berada di sebua restoran pada minggu sebelumnya, dia telah melakukan bantuan kecemasan selepas salah seorang chef di situ rebah. Dengan kepantasannya, Kim Hyun-joong berjaya menyedarkan individu tersebut sebelum paramedik sampai ke tempat kejadian.

kim hyunjoong selamatkan chef

Daripada rakaman CCTV di restoran tersebut, Kim Hyun-joong yang ternampak chef tersebut pengsan terus memangku kepalanya untuk memberikan ruang kepada saluran pernafaan lelaki tersebut dan dalam masa yang sama membuka butang bajunya. Dia kemudiannya meminta staf berdekatan untuk mendapatkan bantuan. Bahkan selebriti itu kekal di sisi tukang masak itu sehingga dia sedarkan diri sambil mengurut dada dan perutnya. Dia juga turut kelihatan bercakap-cakap dengan chef itu untuk membantunya kembali sedar.

Selepas menyedari bahawa lelaki yang membantunya adalah pelakon Kim Hyun-joong, pemilik restoran itu terus melaporkan kebaikannya ke pihak media selain mengambil peluang untuk berterima kasih atas bantuannya itu.

kim hyunjoong selamatkan chef

Selepas berita ini tersebar di segenap laman komuniti, agensi Kim Hyun-joong mengesahkan kejadian tersebut dan mengakui bahawa lelaki dalam rakaman CCTV itu ialah Kim Hyun-joong.

Dia hanya lakukan apa yang perlu dilakukan.

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas Kim Hyun-joong kerana dengan bantuannya itu, dia dapat menyelamatkan nyawa individu lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...