Zico telah ditemu bual oleh Billboard berkenaan dengan lagu terbarunya, “SPOT!”.
Menurut Zico, meskipun dia baru berkawan dengan Jennie, hubungan mereka menjadi sangat rapat dengan cepat.
Malah, Zico turut mendedahkan bahawa dia turut diberi peluang untuk menjadi antara yang pertama mendengar lagu demo bagi album Jennie yang akan datang.
Penyanyi rap itu turut mengesahkan bahawa ahli BLACKPINK tersebut akan mengeluarkan lebih dari satu buah lagu dalam album tersebut.
Ketika ditanya mengenai reaksinya selepas mendengar lagu-lagu tersebut, Zico berkata,
Sejujurnya, album Jennie yang akan datang ada banyak lagu-lagu yang bagus.
Tambahnya,
Semua tentang Jennie sangat menawan. Dia ada semuanya, dari vokal, visual, lakonan dan professionalismenya, tiada yang kurang. Tetapi secara peribadinya saya paling suka dengan sikap professionalismenya.
Ni yang jadi makin tak sabar nak tunggu album Jennie keluar ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.