Bukan selalu ahli “Running Man” nak berkongsi mengenai pengalaman mereka di Malaysia kan?
Bersambung daripada episod perjumpaan peminat di Manila, Filipina, kesemua ahli kemudiannya berangkat ke rumah peninju terkenal Manny Pacquiao untuk menjalankan misi di sana.
Kongsi Yoo Jae-suk semasa di dalam bas,
Terdapat ramai pengawal berjaga hingga ke lobi hotel. Walaupun bersyukur tapi kami bukan sesiapa pun.
Ji Suk-jin kemudiannya menambah cerita mengenai satu peristiwa yang membingungkan,
Saya tak ingat di mana, tapi pengawal memenuhi di sekeliling penghadang tapi saya di luar sekatan itu. Saya perlu memasuki ke dalam tapi saya duduk bersama peminat..
Ungkap Ji Suk-jin mengenai satu insiden lain di Malaysia di mana ia agak memalukan buatnya. Kongsi Yang Se-chan yang turut berada ketika kejadian itu,
Ianya sangat memalukan. Ji Suk-jin berkata kepada pihak produksi supaya bersiap sedia bagi menyaksikan satu momen yang menakjubkan. Sampaikan pengarah kamera pun kalut bersedia namun yang menakjubkan ialah, tiada siapa pun di sana apabila kami sampai.
Mendengarkan tawa ahli lain, Ji Suk-jin cuba meredakan keadaan dan berkata ianya kerana mereka tiba terlalu awal pagi pada ketika itu.
Mesti semasa mereka jalani rakaman “Sales King TV” pada tahun 2018 lalu kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉