Kelmarin kita dikejutkan dengan satu berita kematian seorang pelakon baru iaitu Cha Inha. Walaupun baru sahaja memulakan kehidupan sebagai anak seni pada tahun 2017 dengan filem “You, Deep Inside Of Me” tetapi hanya 2 tahun aktif, lelaki itu sudah pun meletak titik noktah pada kariernya.
Kepada yang tidak mengetahui, mayat lelaki itu telah ditemui oleh pengurusnya apabila di singgah di kediamannya. Selepas laporan kematian Cha Inha kelmarin, tiada berita lanjut langsung mengenai insiden tersebut. Terbaru, balai polis Suseo di Seoul mengumumkan bahawa ahli keluarga Cha Inha menolak autopsi untuk dilakukan kepadanya.
Nama sebenarnya iaitu Lee Jaeho juga merupakan seorang ahli dalam kumpulan pelakon SURPRISE U di bawah naungan agensi Fantagio. Salah satu wakil daripad balai polis Suseo turut mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media, “Kami tiada apa-apa maklumat lanjut yang boleh dikongsikan mengenai kematian Cha Inha. Kami juga tidak akan menjalankan autopsi atas permintaan ahli keluarganya. Tiada wasiat mahupun nota yang dijumpai di rumahnya. Selain itu, tiada informasi yang boleh diberikan mengenai punca kematiannya.”
Fantagio turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian artis mereka. “Atas permintaan keluarga Cha Inha, pengebumian akan dijalankan secara tertutup dan senyap.” Mereka juga turut meminta semua pihak tidak membuat spekulasi sendiri tentang kematian lelaki tersebut dan menghormati lelaki tersebut dan keluarganya.
Pihak produksi ‘Love With Flaws’ juga tidak dapat memberi kata putus mengenai wataknya sebagai abang pelakon Oh Yeonseo dalam drama tersebut. “Kami masih sedang cuba memahami situasi ini.”
Harap mendiang tenang di sana.
Sumber: Allkpop