Ikuti Kami:

“Tiada Niat Untuk Mengintip Lagi” – Peminat Selar Mahkamah Tolak Perintah Larangan Buat ‘Stalker’ Nichkhun 2PM

“Tiada Niat Untuk Mengintip Lagi” – Peminat Selar Mahkamah Tolak Perintah Larangan Buat ‘Stalker’ Nichkhun 2PM

Anda ingat tak kisah Nichkhun daripada kumpulan 2PM yang mengambil keputusan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang peminat fanatik yang sudah lama mengikuti gerak-gerinya?

Nampaknya permohonan itu dikhabarkan telah ditolak oleh pihak mahkamah dengan alasan ‘susah untuk mengatakan sekiranya ada risiko untuk individu tersebut akan melakukan tindakan yang sama pada masa hadapan’.

Ketika siasatan, wanita itu mengakui bahawa dia tidak mempunyai lagi niat untuk mengintip Nichkhun. Malah tiada bukti yang dibekalkan mengatakan bahawa wanita itu ada melakukan hal demikian sepanjang tiga bulan lepas. Walaubagaimanapun, jikalau wanita itu ada menghubungi atau mendekati Nichkhun tanpa keinginannya, dia boleh meminta pelupusan berasingan.

nichkhun 2pm

Mendengarkan keputusan mahkamah ini, kebanyakan peminat dan juga netizen meluahkan rasa kesal dengan sistem perundangan Korea yang memandang enteng isu ‘peminat stalker’ dan ‘sasaeng’ ini.

Tak kan nak tunggu sampai jadi perkara yang tidak diinginkan, baru nak bertindak kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...