Ikuti Kami:

“Tiada Kumpulan Lain Yang Kekal Rapat Selama 7 Tahun Seperti TWICE” – Park Jinyoung

“Tiada Kumpulan Lain Yang Kekal Rapat Selama 7 Tahun Seperti TWICE” – Park Jinyoung

Pejam celik pejam celik, sudah 7 tahun sejak TWICE membuat kemunculan pertama mereka.

Untuk pengetahuan, TWICE yang debut pada 20 Oktober 2015, telah menyambut ulang tahun yang ke-7 mereka beberapa hari lepas.

Selain peminat, Park Jin-young sebagai pengasas JYP Entertainment turut tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan buat kumpulan 9 ahli itu, dengan mengucapkan tahniah.

Tulis Park Jin-young dalam bahasa Korea di Instagram miliknya,

Tiada kumpulan lain seperti ini.

Saya telah menghasilkan banyak kumpulan dan menonton banyak kumpulan lain dari luar sehingga sekarang, tetapi saya tidak pernah melihat kumpulan yang ikhlas menghargai dan mengambil berat antara satu sama lain setakat ini, selama lebih tujuh tahun.

Mereka sangat cantik dan patut dihargai, dan anda akan lebih sayang mereka apabila anda melihat mereka… itulah TWICE. Mereka sangat indah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J.Y. Park (@asiansoul_jyp)

 Tambahnya lagi dengan ucapan bahasa Inggeris,

Saya telah menghasilkan dan menonton begitu banyak kumpulan sepanjang hayat saya tetapi saya tidak pernah melihat kumpulan kekal serapat ini selama 7 tahun.

Bagaimanakah untuk tidak menyayangi mereka yang cantik dan sederhana ini? Cuma nak beritahu awak yang saya sangat bangga dengan awak dan saya sayang awak.

Selamat ulang tahun yang ke-7 TWICE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...