Ikuti Kami:

Tiada Khabar Berita, Park Minwoo Masih Belum Pulih Selepas Kemalangan Jalan Raya 3 Tahun Lalu

Tiada Khabar Berita, Park Minwoo Masih Belum Pulih Selepas Kemalangan Jalan Raya 3 Tahun Lalu

Adakah anda ingat dengan pelakon Park Min-woo yang terkenal dengan drama seperti “Flower Boy Ramyun Shop” dan “Modern Farmer”?

Sudah lama hilang daripada industri lakonan Korea, ramai yang tertanya-tanya mengenai kemas kini terbarunya.

Menurut sebuah entri di laman komuniti baru-baru ini, pelakon lelaki itu dikatakan sedang menerima rawatan kerana kecederaan yang parah dek terlibat dengan kemalangan motorsikal pada tahun 2018.

park minwoo cedera

Ianya berlaku semasa Park Min-woo sedang bercuti daripada latihan khidmat ketenteraan dan kemalangan itu menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian kepala sehingga memerlukannya menjalani pembedahan besar.

Meskipun sudah 3 tahun berlalu, namun pelakon itu nampaknya masih lagi memerlukan rawatan intensif selain terpaksa menaiki kerusi roda buat masa ini. Imej terbaru pelakon itu turut didedahkan oleh ayahnya pada satu rancangan Christian baru-baru ini.

park minwoo

Khabarnya Park Min-woo boleh berdiri dengan bantuan orang lain, namun masih lagi tidak boleh berjalan dengan sendirinya.

Sedihnya, semoga cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...