Ikuti Kami:

Tiada Khabar Berita, ‘Love Alarm’ Musim Kedua Dikhabarkan Tangguh Tayangan Ke 2021 Dek COVID-19

Tiada Khabar Berita, ‘Love Alarm’ Musim Kedua Dikhabarkan Tangguh Tayangan Ke 2021 Dek COVID-19

Dengar cerita ramai yang dah tak sabar menanti kemunculan musim terbaru siri asal Netflix iaitu “Love Alarm”! Seronoknya nak lihat perkembangan hubungan cinta di antara Jo-jo (Kim So-hyun), Sun-oh (Song Kang) dan Hye-yeong (Jung Ga-ram).

Meskipun sudah lama menanti, tetapi nampaknya seperti para peminat terpaksa bersabar lagi kerana terdapat khabar angin yang berterbangan mengatakan bahawa drama popular ini mungkin tidak akan menemui penonton tahun ini. Apa?!

Walhal berita pengesahan mengenai musim kedua sudah pun disahkan pada Oktober 2019 lagi selain sesi pembacaan skrip pertama diadakan pada Februari 2020, lantas menandakan kemunculan musim kedua yang kian mendekat sebenarnya.

netflix love alarm 2

Bukan itu sahaja, tidak banyak kemas kini terbaru yang disajikan kepada penonton selepas daripada itu. Walaupun Song Kang sendiri ada mendedahkan bahawa dia sedang sibuk merakamkan musim kedua “Love Alarm” menerusi sebuah temu ramah yang dilakukan pada Mei 2020.

Disebabkan oleh ketidakpastian ini, naskhah kisah cinta remaja tersebut dikhabarkan tidak akan menemui penonton pada 2020 walaupun dicanang sedemikian dalam beberapa laporan dahulu. Hal ini difahamkan terjadi kerana keadaan COVID-19 yang kian meruncing sehingga menyukarkan keadaan pengambaran.

Apa pun, sama-sama kita nantikan laporan rasmi daripada pihak Netflix sendiri mengenai nasib tayangan “Love Alarm 2”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...