Ikuti Kami:

“The World Of The Doctor”- Jeon Mido Mahu Lee Moosaeng Jadi Pakar Psikiatri Dalam Musim Kedua ‘Hospital Playlist’

“The World Of The Doctor”- Jeon Mido Mahu Lee Moosaeng Jadi Pakar Psikiatri Dalam Musim Kedua ‘Hospital Playlist’

Dek kepopularitian “Hospital Playlist”, semakin ramai peminat K-Drama yang mula mengenali para pelakon yang tidak dikenali di dalamnya seperti Jeon Mi-do. Siapa sangka wanita yang hanya aktif dalam muzikal sebelum ini mampu menjayakan watak sempurna seperti Chae Song-hwa dengan baik sekali.

Disebabkan banyak lagi kisah yang tergantung dalam musim pertama drama perubatan ini, penonton sudah berteka-teki apa yang akan berlaku dalam sekuelnya yang bakal ditayangkan pada tahun 2021 nanti.

jeon mido hospital playlist

Apabila Jeon Mi-do diajukan dengan soalan sama ada dia mahukan mana-mana pelakon lain untuk menyertai musim kedua, tidak menyangka dia akan menyebut nama pelakon ini. Pelakon muzikal ini tidak teragak-agak untuk memilih Lee Moo-saeng yang kini popular kerana watak pakar psikiatri dalam “The World Of The Married”.

Walaupun menaruh harapan sedemikian, tetapi Jeon Mi-do menjelaskan bahawa dia tidak tahu apa yang sudah direncanakan untuk musim kedua “Hospital Palylist” memandangkan plot cerita musim pertama juga hanya diketahui olehnya semasa menerima skrip daripada penulis.

Tak pastilah sama ada watak baru yang akan dibawa masuk.

lee moosaeng the world of the married

Permintaan wanita ini untuk membawa masuk Doktor Kim Yoon-ki nyata menerima sambutan hangat daripada penonton setia drama “The World Of The Married”.

Lee Moo-saeng dan Kim Hee-ae dalam ‘The World Of The Doctors’.

 

Seronoknya kalau dapat lihat Lee Moo-saeng dan Jo Jung-suk berlakon melodrama sekali.

 

Saya setuju!

 

Doktor Kim Yoon-ki sertai wad psikiatri dan Kim Hee-ae buat kemunculan istimewa sebagai doktor daripada hospital lain.

Macam best je “Hospital Playlist” gabung dengan “The World Of The Married”!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...