Ikuti Kami:

‘The Sixth Sense’ Terus Popular Dalam Kalangan Penonton, Episod Terakhir Tayang 29 Oktober Nanti

‘The Sixth Sense’ Terus Popular Dalam Kalangan Penonton, Episod Terakhir Tayang 29 Oktober Nanti

Tak sangka program pertama Jung Chul-min lepas tinggalkan “Running Man” iaitu “The Sixth Sense” di saluran tvN menempa kejayaan yang boleh tahan hebat!

Bahkan rancangan yang menggabungkan Yu Jae-suk, Jessi, Oh Na-ra, Jun So-min dan Mi-joo (Lovelyz) itu berjaya merekodkan purata rating sebanyak 3.2% iaitu satu rekod yang baik bagi program hiburan yang ditayangkan di saluran kabel.

tvn sixth sense

Pun begitu, benda yang baik pun tetap ada pengakhirannya. Menurut wakil tvN, “The Sixth Sense” akan merakamkan penggambaran terkahir mereka untuk episod ke-8 pada 10 Oktober nanti. Malah disahkan bahawa rancangan itu akan menutup tirai musim pertamanya dengan hanya 8 episod dan ianya akan ditayangkan pada 29 Oktober nanti.

Namun belum dapat dipastikan sama ada akan ada musim kedua nanti atau pun tak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...