Ikuti Kami:

‘The Penthouse’ Disahkan Bakal Disambung Hingga Musim Ketiga

‘The Penthouse’ Disahkan Bakal Disambung Hingga Musim Ketiga

Dah pecah rekod sehingga raih rating sebanyak 15%, sudah tentu “The Penthouse” mendapat perhatian ramai penonton dalam Korea dan juga secara global.

Berita gembira buat semua kerana pihak produksi drama ini mengesahkan bahawa mereka akan menghasilkan juga musim kedua dan ketiga naskhah ini selepas musim pertama tamat ditayangkan.

Untuk musim pertama ini, jumlah episod telah ditambah ke 21 bahagian manakala musim seterusnya akan mempunyai 12 episod sahaja. Bahkan slot tayangan kini iaitu Isnin-Selasa akan diubah ke Jumaat-Sabtu ketika tayangan musim kedua dan ketiga nanti.

sbs penthouse

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh wabak COVID-19 yang masih berpanjangan, waktu tayangan musim baru “The Penthouse” nanti belum boleh ditetapkan secara spesifik lagi.

Makin stres semua nak tengok sambungan plot muslihat penduduk di Hera Palace itu nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...