Ikuti Kami:

‘The Penthouse’ Diminta Batal Dek Babak ‘Buli Melampau’, SBS Janji Tukar Beberapa Episod Ke Had Umur 19+

‘The Penthouse’ Diminta Batal Dek Babak ‘Buli Melampau’, SBS Janji Tukar Beberapa Episod Ke Had Umur 19+

Baru sahaja ditayangkan tapi “The Penthouse” nampaknya sudah terpalit dengan sedikit kontroversi dek beberapa babak yang ditayangkan di dalam episod kedua baru-baru ini.

Bagi sesiapa yang menonton, anda mungkin disajikan dengan babak di mana Min Seol-ah dibuli oleh rakan sebayanya yang merupakan anak-anak kepada orang kaya yang tinggal di Hera Palace. Cuba menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menyamar sebagai pelajar universiti dan mengajar tutor matematik buat anak kaya di situ, namun ianya terbongkar dalam sekelip mata.

Kesemua pelajar sekolah menegah rendah itu kemudiannya berkumpul dan menyeksa Min Seol-ah dek penipuan itu. Bukan sahaja menolak dia ke dalam kolam renang dan mencampak duit ke arahnya, mereka juga turut menguncinya di dalam van tertutup dan terus menyeksanya dengan mentertawakannya daripada luar.

kontroversi the penthouse

kontroversi the penthouse

Disebabkan oleh perbuatan kasar oleh sekumpulan remaja yang sepatutnya baru berusia 15 tahun dalam drama itu, penonton telah meluahkan rasa tidak senang dengan keganasan yang ditunjukkan. Kata mereka, risau sekiranya remaja di luar lain akan menjadikannya sebagai contoh.

Tambahan pula drama itu yang diletakkan rating 15 tahun dan ke atas, sepertinya had umur tontonan itu tidak sesuai dengan kandungan episod tersebut. Bahkan kebanyakan penonton menyerbu laman komen “The Penthouse” dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana babak remaja dibuli yang melampau itu. Malah ada yang meminta drama itu membatalkan tayangannya serta-merta.

Disebabkan oleh desakan umum, SBS kemudiannya memberi kenyataan umum mengenai hal tersebut. Kata mereka, episod ke-4 akan datang akan diberikan had umur 19 tahun dan ke atas manakala episod ke-3 kekal dengan had umur 15 tahun ke atas. Bahkan had umur penonton akan diubah mengikut kesesuaian episod berkenaan pada masa akan datang.

Mungkin ini yang terbaik kan? Episod awal “The Penthouse” boleh tahan best, tapi mungkin kena berhati-hati sedikit.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...