Ikuti Kami:

‘The Penthouse 3’ Sah Mula Tayangan 4 Jun Nanti

‘The Penthouse 3’ Sah Mula Tayangan 4 Jun Nanti

Selepas hanya berteka-teki, akhirnya pihak “The Penthouse 3” mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai drama tersebut.

Untuk pengetahuan anda, drama popular ini mengetengahkan kehidupan orang kaya di Hera Palace iaitu sebuah kompleks penthouse mewah di tengah-tengah ibu kota dan hanya dihuni oleh orang yang tertinggi dalam piramid sosial. Ia memberi fokus kepada plot balas dendam para wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak mereka.

the penthouse 3

Seperti yang dilaporkan sebelum ini. “The Penthouse3 ” hanya akan ditayangkan sekali seminggu iaitu pada hari Jumaat.

Bakal memulakan pengambaran pada hari ini (27 April), ianya bakal menyapa penonton secara rasmi pada 4 Jun nanti. Dikhabarkan bahawa musim terakhir ini akan mempamerkan plot yang lebih mengejutkan dengan pelbagai drama dan balas dendam. Bukan itu sahaja, terdapat juga watak baru yang bakal menghangatkan lagi situasi di Hera Palace seperti yang diperkenalkan pada penghujung musim kedua lalu.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...