Ikuti Kami:

‘The Penthouse 3’ Dikritik Guna Rakaman Asal Tragedi Runtuhan Bangunan Gwangju

‘The Penthouse 3’ Dikritik Guna Rakaman Asal Tragedi Runtuhan Bangunan Gwangju

Semakin menghampiri penamat, “The Penthouse 3” sekali lagi terpalit dengan kontroversi dek salah satu babak episod terbarunya.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod yang ditayangkan pada 3 September, Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) telah meletupkan bom di Hera Palace sekaligus meranapkan bangunan mewah tersebut. Selepas itu, terdapat babak laporan berita yang berkongsi mengenai insiden berkenaan di mana mereka menyertakan rakaman bangunan runtuh yang digambarkan sebagai serpihan batu dan bongkah Hera Palace.

the penthouse 3

Babak The Penthouse 3

Walaubagaimanapun, selepas dikaji, babak tersebut menggunakan rakaman asal daripada kejadian bangunan runtuh di Gwangju pada Jun lalu. Mereka menggunakan rakaman berita asal insiden tersebut dan hanya mengubah tajuk serta kapsyen sahaja.

Sekadar pengetahuan, bangunan Gwangju yang runtuh itu berlaku di kawasan pembangunan semula dan penghapusan yang terletak di Hak-dong, Dong-gu pada Jun lepas. Ianya merupakan satu kejadian tragik kerana bangunan berkenaan yang runtuh turut menghempap bas awam yang berada di kawasan berhampiran menyebabkan 9 kematian termasuk pelajar sekolah serta 8 tercedera.

the penthouse 3

Berita asal runtuhan bangunan Gwangju

Disebabkan oleh itu, drama tersebut menerima kritikan kerana tidak sensitif dek menggunakaan video sebenar kejadian tersebut.

Setakat ini, masih belum ada sebarang respon daripada pihak “The Penthouse 3”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...