Ikuti Kami:

‘The King: Eternal Monarch’ Kian Popular, Kontroversi Jung Eun Chae Bercinta Dengan Suami Orang Diungkit Semula

‘The King: Eternal Monarch’ Kian Popular, Kontroversi Jung Eun Chae Bercinta Dengan Suami Orang Diungkit Semula

Siapa yang sedang mengikuti drama “The King: Eternal Monarch”? Anda mesti kenal dengan pelakon Jung Eun-chae yang memainkan watak Gu Seo-ryeong iaitu Perdana Menteri di Kerajaan Corea dan menyimpan perasaan kepada watak Lee Min-ho.

Sedang menikmati populariti dek kerana drama tulisan Kim Eun-sook ini, tapi tidak disangka bahawa namanya kini terpalit dengan kontroversi yang berlaku pada 10 tahun lepas. Pelakon wanita ini dituduh telah menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi popular yang juga suami orang pada ketika itu iaitu Jung Joon-il.

jung eunchae bercinta suami orang

Pun begitu, seorang wakil daripada pihak Jung Eun-chae telah menafikan dakwaan itu.

Jung Eun-chae merupakan seorang mangsa. Dia tidak mengetahui bahawa Joon-il sudah berkahwin semasa mereka berpasangan. Dia menipunya untuk membina hubungan itu.

Pada awalnya, agensi naungan Jung Joon-il telah menolak komen tersebut dan menyatakan,

Ia terjadi pada 10 tahun yang lepas dan susah untuk kami memberi komen kerana ia adalah hal peribadinya.

jung eunchae bercinta suami orang

Pun begitu, satu mesej telah dimuat naik di laman peminat dan menyatakan bahawa disebabkan isterinya dibebani dengan perkara ini, Jung Joon-il bersetuju untuk bercerai.

Walaubagaimanapun, api kontroversi ini semakin marak dan netizen melemparkan kata-kata nista kepada Jung Joon-il yang sepertinya tidak segan langsung dengan bekas isterinya atas kecurangan tersebut. Dalam keadaan yang semakin huru-hara ini, agensi penyanyi lelaki tersebut mengeluarkan satu kenyataan lain.

Jung Eun-chae sedar bahawa dia sedang bercinta dengan suami orang pada ketika itu.

Tak cukup dengan itu, netizen mula korek kembali kisah lama mengenai pelakon wanita ini di mana dia pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelakon Jepun, Kase Ryo yang juga merupakan suami orang pada tahun 2013. Ini kerana terdapat gambar mereka ‘dating’ berterbangan di merata laman komuniti.

Pada ketika itu, agensi Jung Eun-chae menjelaskan bahawa wanita itu ke Jepun untuk melawat rakannya yang baru sahaja melahirkan anak.

jung eunchae kose ryo

Agensi Jun Eun-chae mengeluarkan kenyataan baru dan menyatakan bahawa kontroversi dengan Jung Joon-il ini berlaku pada 10 tahun yang lepas dan bukannya sekarang. Mereka juga turut meminta agar semua orang tidak salah faham dan mengeluarkan tuduhan tidak berasas kepada pelakon wanita itu.

Netizen Korea meluahkan rasa kesal dengan kontroversi yang melanda Jung Eun-chae ini dan menyelar wanita itu kerana sanggup bercinta dengan suami orang. Hal ini menjadi perbualan hebat di serata media sosial kerana ia berlaku ketika drama barunya iaitu “The King: Eternal Monarch” mula ditayangkan.

Apa pun, kita tidak tahu dengan sahihnya kisah yang berlaku pada 10 tahun yang lepas.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...