Ikuti Kami:

‘The Game: Towards Zero’ Tamat Dengan Rating Rendah, Adakah Dek Lakonan ‘Kayu’ Lee Yeonhee & Ok Taecyeon?

‘The Game: Towards Zero’ Tamat Dengan Rating Rendah, Adakah Dek Lakonan ‘Kayu’ Lee Yeonhee & Ok Taecyeon?

Selepas 16 episod bersiaran, akhirnya tamat sudah drama thriller dan misteri iaitu “The Game: Towards Zero” di saluran MBC. Membuatkan penonton tak senang duduk sepanjang tayangannya, kini semua sudah boleh menarik nafas lega kerana semua persoalan yang bermain di benak minda sudah pun terjawab.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir, Taepyeong (Ok Taecyeon) melompat sekali bersama Hyunwoo (Im Joohwan) yang mengambil langkah ekstrem tetapi nasib baik, mereka berdua jatuh dengan selamatnya di atas beg udara. Walaupun nyawanya diselamatkan, pakar forensik itu berterusan menutup mulutnya dan merahsiakan lokasi Junyoung (Lee Yeonhee) disembunyikan. Pun begitu, dengan kebijaksanaan Taepyeong, dia berjaya mengagak lokasi sebenar wanita tersebut dan berjaya menyelamatkannya dengan bantuan Pasukan 1.

episod akhir the game: towards zero

Junyoung masih juga tidak sedar setelah lama diselamatkan. Manakala kedua-dua Hyunwoo dan Taepyeong dikenakan hukuman penjara. Pakar forensik itu atas kesalahan membunuh dan Taepyeong kerana telah mencederakan Hyunwoo. Selepas peramal masa depan ini dilepaskan dalam tempoh percubaan, Joonyoung pun mula sedarkan diri dan mereka kembali bersama. Meluahkan rasa rindu dan terima kasih kerana kembali sedar, dapat dibayangkan kesudahan yang indah kepada hubungan mereka.

Meskipun sudah bermacam-macam benda jahat yang berlaku kepada Taepyeong dan Joonyoung, mereka tetap melawat Hyunwoo yang kini menjalani hukuman penjara. Daripada perbualan bersama pembunuh itu, kedua-dua mereka meminta lelaki tersebut jangan putus asa dan teruskan hidup dengan tenang. Selepas ditinggalkan seorang diri, Hyunwoo tidak dapat menahan rasa sebak dan mula menangis teresak-esak kerana dihantui rasa bersalah sehingga membuatkan hati penonton turut runtun.

Meskipun penuh dengan plot twist yang mendebarkan dan saspens tetapi “The Game: Towards Zero” tidak dapat menarik perhatian ramai penonton drama. Sepanjang tayangan drama thriller ini, ia hanya mampu meraih rating yang biasa di dalam purata 2% ke 4% sahaja. Mungkin juga disebabkan oleh lakonan kedua-dua pelakon utamanya yang agak ‘kayu’ menurut netizen iaitu Ok Taecyeon dan Lee Yeonhee. Namun nasib baik, ada Im Joohwan yang berjaya menyelamatkan naskhah itu dan menghidupkannya sehingga tamat.

Plot “The Game: Towards Zero” adalah solid tapi sayang lakonan teraju utamanya sebenarnya boleh diperbaiki lagi.

Sumber: YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...