Ikuti Kami:

‘The Cursed’ Tamat Dengan Rating Terbaik Sepanjang Tayangan, Tapi Apakah Kesudahan Nasib Sojin?

‘The Cursed’ Tamat Dengan Rating Terbaik Sepanjang Tayangan, Tapi Apakah Kesudahan Nasib Sojin?

Tamat sudah drama misteri “The Cursed” yang bersiaran sebanyak 12 episod di bawah saluran tvN. Naskhah ini membawa kisah Jinhee iaitu seorang wartawan yang cuba membongkarkan rahsia syarikat IT ‘Forest’ yang bertuhankan syaitan bagi mencapai kejayaan dan mengambil nyawa orang yang tidak berdosa. Wanita ini dibantu oleh seorang remaja bernama Sojin yang mempunyai kuasa luar biasa dan mampu melawan kuasa jahat yang memegang syarikat tersebut.

the cursed tvn

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir, Jinhee telah pergi mendapatkan barangan Jonghyun untuk upacara yang bakal dilakukan untuk menghapuskan syaitan yang semakin ‘menggila’ tersebut. Sambil mengumpul beberapa barangan tersebut, Jinhee telah mempelajari kebenaran mengenai kelahiran syaitan. Mengejutkan apabila wartawan itu mendapat tahu bahawa badan Sojin juga mempunyai jelmaan ‘Inugami’, sama seperti lelaki jahat itu.

Semasa hari yang penting berkenaan, Sojin perlu menjalani upacara tersebut supaya dapat memastikan seluruh rakyat Korea tidak jatuh di bawah kuasa ‘Inugami’ menerusi Jonghyun. Terpaksa bertarung dengan lelah, Sojin akhirnya menyerahkan nyawanya bagi menyelamatkan Jinhee dan supaya dapat memastikan lelaki itu tidak terus bermaharajalela lagi. Selepas Sojin jatuh rebah tak sedarkan diri, Jonghyun pula terus terbakar lantas menyebaban acara tersebut menjadi huru-hara.

episod akhir the cursed

Rating terbaik sepanjang tayangan!

Sepanjang tayangan “The Cursed”, drama ini menunjukkan purata rating yang sangat baik lantas membuktikan bahawa ia adalah satu genre yang diminati ramai. Untuk episod terakhir, drama ini berjaya mencatat rekod peribadi terbaik dan meraih purata rating 6.7% dan 7.7%.

Drama ini berjaya menyebabkan penonton tak senang duduk kerana lakonan hebat yang ditunjukkan oleh barisan teraju utamanya iaitu Sung Dongil, Uhm Jiwon dan Jung Jiso. Sampai dah tamat pun, mereka masih lagi membanjiri para pelakon ini dengan pujian dan sokongan.

Drama Korea yang bergenre misteri dan mistik memang tak pernah mengecewakan. Sesiapa yang belum tonton, bolehlah mula marathon drama “The Cursed”!

Sumber: Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...