Utama K-Pop Tewaskan BLACKPINK, FIFTY FIFTY Kumpulan Gadis K-Pop Raih Pendengar Bulanan Terbanyak Di...

Tewaskan BLACKPINK, FIFTY FIFTY Kumpulan Gadis K-Pop Raih Pendengar Bulanan Terbanyak Di Spotify

fifty fifty

FIFTY FIFTY sekali lagi telah mencipta sejarah hebat di laman Spotify!

Terbaru, FIFTY FIFTY telah mencipta pencapaian baru apabila kumpulan itu telah meraih 34,307,590 pendengar bulanan di Spotify, mencatat rekod baru bagi mana-mana kumpulan gadis K-Pop dalam sejarah platform tersebut.

Untuk pengetahuan, rekod sebelum ini dipegang oleh BLACKPINK, dengan 34,123,272 pendengar bulanan pada 26 September 2022.

Selain Spotify, FIFTY FIFTY juga telah memecahkan rekod dalam carta Billboard Amerika Syarikat dan Carta Rasmi United Kingdom dengan lagu hit mereka “Cupid”.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNews1
Loading...