Ikuti Kami:

Terus Menurun, Rating ‘Kokdu: Season Of Deity’ Jatuh Ke 1%

Terus Menurun, Rating ‘Kokdu: Season Of Deity’ Jatuh Ke 1%

Semakin banyak episod ditayangkan, semakin kurang sambutan yang diterima “Kokdu: Saeson Of Deity”.

Menurut Nielsen Korea, tayangan episod ke-6 drama itu hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 1.9% di mana rekod itu merupakan yang terburuk dalam sejarahnya. Malah merupakan pertama kali drama dari MBC mencatatkan angka ini untuk tahun 2023.

Dalam episod ini, Kokdu (Kim Jung-hyun) dilihat tidak dapat melindungi perasaan berbunga yang kian bercambah buat Han Gye-jeol (Im Soo-hyang) dan sentiasa mahu berada di sampingnya.

mbc kokdu: season of deity

Tinjauan komen penonton, sepertinya mereka kurang tertarik dengan jalan cerita yang disampaikan oleh “Kokdu: Season Of Deity”. Tambahan pula, ramai yang terus mempertikaikan kebolehan lakonan Im Soo-hyang yang masih kekal mendatar walaupun sudah berbelas tahun bergelar pelakon.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang masih memberikan respon dingin terhadap Kim Jung-hyun selepas skandal bersam Seo Ye-ji merubah persepsi ramai mengenai lelaki itu yang tak dianggap profesional ketika bekerja.

Korang rasa macam mana? Adakah drama ini akan mencatat rating baik nanti?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...