Ikuti Kami:

Terus Mendebarkan Hingga Ke Penghujung, Episod Akhir ‘The Devil Judge’ Catat Rating Tertinggi

Terus Mendebarkan Hingga Ke Penghujung, Episod Akhir ‘The Devil Judge’ Catat Rating Tertinggi

Membuatkan ramai penonton tak senang duduk selama 16 episod, akhirnya “The Devil Judge” mengundurkan diri kelmarin.

Sinopsis

Drama ini berlatarbelakangkan dunia alternatif (alternate universe) atau Korea versi distopia di mana seluruh negara menyertai perbicaraan dalam mahkamah menerusi siaran langsung. Ji Sung membawa watak Kang Yo-han, ketua hakim yang menyimpan hasrat misteri, Kim Min-jung melakonkan watak Jung Sun-ah, musuh ketat Kang Yo-han dan merupakan pengarah di pertubuhan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

Tegang hingga ke akhirnya

[Amaran SPOILER]

Dihimpit dengn rancangan Jung Sun-ah, Kim Yo-han kemudiannya tinggal di pusat tahanan. Tak lama kemudian, dia kemudiannya dikhabarkan telah dibunuh dan berita itu sampai kepada umum.

Namun dalam diam, hakim bijak itu sebenarnya merencana pelan mantap bagi memerangkap kesemua orang atasan yang terlibat di dalam kes ini termasuklah Jung Sun-ah. Lelaki itu sekali lagi berjaya menipu orang ramai kerana kepandaiannya dan membuatkan kesemua dalang itu terdesak untuk hidup.ending the devil judgeMendedahkan mengenai eksperiman manusia yang tidak berperikemanusiaan itu dalam satu siaran langsung, Kim Yo-han meminta undian untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak. Sekiranya undian mencapai 10 juta, kesemua mereka akan didakwa.

Cuab menjelaskan situasinya, Pengerusi Min dibunuh oleh Jung Sun-ah sebelum wanita itu mengambil keputusan untuk menembak dirinya. Manakala bilik itu meletup selepas undian mencapai jumlah 10 juta seklaigus membunuh semua penjahat yang terlibat dengan eksperiman berkenaan.

Kim Ga-on kemudiannya mencari Kang Yo-han walaubagaimanapun hampa apabila lelaki itu dikatakan sudah melarikan diri ke New Zealand bagi mendapatkan rawatan terbaik untuk kaki Elijah. Namun mereka sempat bertemu di lapangan terbang dan berkongsi pandangan yang bermakna sebelum kesemuanya tamat.ending the devil judge

Rating mantap

“The Devil Judge” ternyata merupakan siri yang disukai ramai peminat K-Drama. Bukan sahaja kerana diterajui olej Ji Sung, namun plotnya yang mendebarkan membuatkan ramai yang tak sabar menanti episod seterusnya.

Sepanjang tayangan, ratingnya menunjukkan trend yang stabil di antara 5% ke 6%. Sebelum ianya terus menaik ke 7.960% semasa episod akhirnya, sekaligus mencipta rekod peribadi buat drama itu.

Anda puas hati tak lihat ending “The Devil Judge”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...