Ikuti Kami:

“Terus Bertukar Jadi ‘Running Man'” – Babak Pergaduhan Lee Kwangsoo & Song Jihyo Dalam ‘Busted 3’ Tular

“Terus Bertukar Jadi ‘Running Man'” – Babak Pergaduhan Lee Kwangsoo & Song Jihyo Dalam ‘Busted 3’ Tular

Hubungan adik-beradik di antara Lee Kwang-soo dan Song Ji-hyo ini memang dah dikenali ramai. Kejap manja tolong lap peluh, kejap bercakar bagai nak rak, orang kalau tengok pun mesti ingat adik dan kakak kandung.

Ingatkan mereka buat perangai sebegitu di “Running Man” sahaja, tapi tetap buat hal apabila kononnya berjumpa buat pertama kali dalam rancangan yang dianggotai oleh Lee Kwang-soo iaitu “Busted 3”.

[Amaran SPOILER]

Baru sahaja disiarkan di Netflix pada Jumaat lalu, ternyata babak pertemuan ‘ganas’ antara adik-beradik ini telah menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.

Alkisahnya, pasukan penyiasat “Busted” tiba-tiba dilawati oleh seorang wanita yang nampak jelas ketidakpuasan hatinya. Tanpa menyebut apa-apa, dia terus memanggil Lee Kwang-soo dan menamparnya. Babak tersebut nyata mengejutkan penyiasat yang lain. Bahkan Park Min-young langsung tak dapat tutup mulut sebab terperanjat sangat!

Menurut Song Ji-hyo, kumpulan penyiasat ini telah mengambil duitnya secara ‘online’ selepas dia meminta bantuan untuk menyiasat teman lelakinya yang berkemungkinan curang. Namun mereka menghilangkan diri dan tak buat pun kerja yang disuruh.

Namun menurut pasukan penyiasat itu, mereka tidak menerima sebarang tugasan pun dan berkemungkinan ada yang menyamar menjadi mereka. Langsung tak berpuas hati, Song Ji-hyo terus memukul Lee Kwang-soo sambil ditahan oleh Yoo Jae-suk dan mahukan kembali wangnya.

song jihyo busted

Meletup agaknya selepas ditampar berkali-kali, Lee Kwang-soo bertindak memukul kepala wanita itu dan mereka terus bercakaran sampai terlepas adegan tedangan kautu tumit tinggi dan juga tarik rambut. Penat jugalah Lee Seung-gi dan Yoo Jae-suk nak leraikan adik-beradik ini.

Babak tersebut ternyata menarik perhatian penonton kerana pergilah mana pun, sama sahaja perangai Lee Kwang-soo dan Song Ji-hyo. Lawak!

song jihyo busted song jihyo busted song jihyo busted song jihyo busted song jihyo busted song jihyo busted song jihyo busted

Dah 10 tahun kenal pun, perangai masing-masing masih sahaja sama. Tak berubah langsung!

Anda dah layan belum “Busted” musim ketiga?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...