Kim Sung-cheol memohon maaf selepas insiden baru-baru ini di mana dia ‘ditangkap’ mengambil bahagian dalam undian yang dikaitkan dengan kandungan kontroversi melibatkan idola wanita.
Baru-baru ini, dia ‘kantoi’ sebagai salah seorang yang turut serta dalam undian yang dijalankan oleh akaun Instagram yang berkongsi video gerak perlahan persembahan idola wanita, di mana ia dianggap tidak sesuai dan menghina artis-artis tersebut.
Pada 3 Februari, wakil dari agensi Kim Sung-cheol, Story J Company, mengakui kesilapan tersebut dalam satu kenyataan kepada media. Jurucakap itu berkata,
Dia menyedari kesalahan yang disebabkan oleh tindakan tidak berhati-hati ini. Walau bagaimanapun, dakwaan bahawa dia mengikuti atau melayan kandungan dari akaun tersebut seperti yang disebarkan secara dalam talian adalah tidak benar. Selepas menyedari akaun itu kontroversi, dia telah membatalkan undiannya.
Wakil itu juga menyatakan rasa kesal atas kesan terhadap artis-artis lain, dengan berkata,
Nampaknya isu ini turut memberi kesan kepada artis-artis lain, dan kami sangat kesal atas perkara itu. Kami telah memohon maaf kepada agensi-agensi mereka.
Mereka mengakhiri bicara dengan berjanji untuk lebih berhati-hati dengan aktiviti media sosial di masa hadapan untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.