Ikuti Kami:

Tersusun Sederet, 5 Naskhah Korea Ini Penuhi Tangga Teratas Ranking Top 10 Netflix Malaysia Kini

Tersusun Sederet, 5 Naskhah Korea Ini Penuhi Tangga Teratas Ranking Top 10 Netflix Malaysia Kini

Rasanya, ramai kini yang melanggan Netflix dek kerana kandungannya yang pelbagai. Bahkan apabila melihat ramai peminat Korea yang susah mencari naskhah kegemaran mereka secara atas talian, laman penstriman itu telah menghulurkan tangan dan memasukkan pelbagai kandungan Korea sehingga tak menang tangan nak tengok.

Bukti bahawa kandungan Korea terus popular di Malaysia ialah apabila ranking 10 rancangan/filem popular di laman penstriman popular tersebut tak pernah terlepas daripada diduduki oleh K-Drama mahupun K-Filem. Dahsyat kan?

Lebih dahsyat kerana terdapat 5 naskhah yang tersususn cantik sederet di ranking tersebut kini (10 September 2020).

k-drama netflix malaysia

1. Filem “#ALIVE”

netflix #ALIVE

“#ALIVE” ialah sebuah kisah survival thriller di mana Seoul tiba-tiba dilanda wabak penyakit misteri yang menyebabkan sesiapa dijangkiti akan menyerang orang lain. Semakin penyakit itu menular, semakin ramai yang terperangkap di dalam rumah masing-masing tanpa akses internet, aplikasi mesej dan panggilan telefon. Joon-woo (Yoo Ah-in) dan Yoo-bin (Park Shin-hye) merupakan antara yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini terperangkap dalam bandar berbahaya itu.

2. Drama “The World Of The Married”

the world of the married

Kisah ini menampilkan Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) yang merupakan seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai seorang suami, Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.

3. Drama “Was It Love?”

was it love?

Naskhah komedi romantik ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki daripada kisah lampaunya hadir semula dalam hidupnya dalam masa yang sama.

4. Drama “It’s Okay To Not Be Okay”

lubang plot it's okay to not be okay

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

5. Drama “Record Of Youth”

episod awal record of youth

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

Bukan setakat drama ini, banyak lagi kandungan Korea hebat di Netflix. Tatal sahaja, pasti akan jumpa genre kegemaran anda!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...