Ikuti Kami:

Terserempak Han Seokkyu, Individu Dedah ‘Dr. Romantic 3’ Mula Penggambaran November Ini?

Terserempak Han Seokkyu, Individu Dedah ‘Dr. Romantic 3’ Mula Penggambaran November Ini?

Tidak dapat dinafikan bahawa siri “Dr. Romantic” merupakan antara premis drama perubatan Korea yang menjadi kegilaan ramai. Sebabnya, kedua-dua musim drama itu berjaya meraih rating yang tinggi iaitu melebihi 20% ketika ia ditayangkan.

Dipelopori oleh Han Seok-kyu selama dua musim, namun ianya turut membantu beberapa pelakon menaikkan drama mereka selepas membintanginya. Musim pertama melihat gandingan Yoo Yeon-seok dan Seo Hyun-jin manakala musim kedua pula menampilakn gandingan ‘segar’ iaitu Lee Sung-kyung dan Ahn Hyo-seob.

han seokkyu dr. romantic

Sudah pun lebih setahun berlalu sejak musim kedua “Dr. Romantic” menamatkan tayangan, sudah pasti ramai yang menantikan musim terbaru drama perubatan ini.

Diam tak diam, khabarnya musim ketiga drama tersebut akan memulakan penggambaran tak lama lagi. Serius lah?!

han seokkyu

Ianya bermula apabila seorang individu yang terjumpa dengan Han Seok-kyu mendedahkan bahawa pelakon itu menyatakan bahawa “Dr. Romantic 3” akan memulakan penggambaran pada November nanti.

Pelakon Han Seok-kyu datang~^^

Wah~ dengan penampilan yang kemas dan ton suara yang rendah~^^

Dia sangatlah tampan~^^ Selepas memberi tandatangan, dia bertanya sama ada saya sedang menunggu makanan. Jatuh cinta sangat~^^

Katanya, dia akan memulakan penggambaran ‘Dr. Romantic 3’ pada November tahun ini~^^

Nampaknya berita baik buat semua yang menunggu ‘Dr. Romantic’~^^

Walaupun tiada lagi pengumuman rasmi, namun ramai yang pastinya dah teruja sekiranya “Dr. Romantic” musim ketiga benar-benar ada kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...