Ikuti Kami:

Tersebar Gambar Ahli ‘Running Man’ Tinggalkan Tag Nama & Surat Di Tempat Peringatan Goo Hara

Tersebar Gambar Ahli ‘Running Man’ Tinggalkan Tag Nama & Surat Di Tempat Peringatan Goo Hara

Mesti ada yang masih teringat lagi dengan ucapan Yoo Jaesuk semasa dia memenangi anugerah utama (Daesang) di “2019 SBS Entertainment Awards” baru-baru ini kan? Meskipun pengacara lelaki itu berjaya meraih anugerah besar itu hasil daripada usahanya mengemudi rancangan “Running Man” selama 9 tahun tetapi ucapannya yang merendah diri telah menyentuh hati netizen.

running man sbs entertainment awards 2019

Yoo Jaesuk dengan merendah diri telah menyebut mendiang Goo Hara dan Sulli sebagai antara tetamu “Running Man” yang paling diingatinya sepanjang program itu ke udara. Dia juga berharap agar kedua-dua gadis itu berehat dengan tenang dan melakukan apa sahaja yang mereka mahukan di sana.

Lebih menyentuh hati apabila tersebar sekeping gambar di tempat peringatan Goo Hara di mana dapat dilihat tag nama rasmi “Running Man” dengan nama gadis itu selain terdapat juga sehelai jersi rancangan itu dan sejumlah besar surat yang dikatakan datang daripada ahli dan kakitangan rancangan itu.

goo hara running manRata-rata netizen tersentuh melihat tindakan pihak produksi “Running Man” yang baik itu. Nampaknya mereka memang benar-benar menganggap Goo Hara seperti ahli keluarga sendiri sehingga sanggup meninggalkan peringatan kepada mendiang yang juga merupakan kenangan manis kepada mereka.

Harap mendiang tenang di sana.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...