Terperinci! Pakaian Setiap Watak ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dipadankan Mengikut Personaliti Tersirat Mereka

it's okay to not be okay

Meskipun ramai yang menonton drama “It’s Okay To Not Be Okay” kerana plotnya yang menyentuh perasaan tetapi ada juga yang tak sabar nak melihat gandingan yang serasi di antara Kim Soo-hyun yang tampan dan Seo Ye-ji yang menawan.

Nak buktikan betapa naskhah ini sangat teliti dalam menghidupkan setiap babak dan wataknya, mereka sanggup membina pelbagai set penggambaran yang unik seperti ‘Istana Yang Disumpah” dan juga ‘Hospital Psikiatri Okay’.

Bukan itu sahaja, rupanya pakaian yang dikenakan oleh setiap watak juga secara tersirat menggambarkan personaliti utama masing-masing. Hebat kan? Kata Jo Sang-yeong iaitu pengarah kostum untuk drama tersebut, dia mahu penonton memahami karakter setiap watak dengan sekali imbas sahaja.

Moon Gang-tae yang tidak menjaga dirinya

it's okay to not be okay

Bagi watak Moon Gang-tae yang dilakonkan oleh Kim Soo-hyun, konsep pakaiannya ialah ‘berbakti’. Disebabkan lelaki itu berkorban sepanjang hidupnya demi menjaga abangnya, dia gagal untuk menjaga dirinya sendiri. Pakaian yang ‘asas dan hambar’ menggambarkan dirinya yang tidak terjaga.

Pakaian utamanya ialah T-shirt yang sedikit besar dengan seluar panjang fesyen garis lama. Ia adalah hambar dan nampak biasa.. Sampaikan saya basuh pakaiannya berkali-kali supaya nampak sedikit lusuh.

Moon Sang-tae yang berada dalam spektrum autistik

it's okay to not be okay

Watak Moon Sang-tae yang dilakonkan oleh Oh Jung-se pula sering dilihat berulang kali menyarungkan baju berbelang. Rupanya ini diaplikasikan kepada watak tersebut selepas kajian mendalam dilakukan.

Saya mencari artis yang turut berada dalam spektrum (autistik) tersebut. Mereka dikatakan suka menggunakan corak yang sama dalam hasil kerja mereka. Jadi untuk menonjolkan diagnosis karakter tersebut, saya putuskan untuk memakaikannya pakaian berbelang berulang kali.

Pakaian unik adalah ‘perisai’ Ko Mun-yeong

it's okay to not be okay

Pakain yang disarungkan oleh Ko Mun-yeong iaitu watak yang dimainkan oleh Seo Ye-ji pula ialah bengis, menonjol dan unik. Kesemua elemen ini sebenarnya adalah mekanisme yang digunakan wanita itu sebagai pelindung kepada dirinya.

Menggunakan tema ‘gothic’ bagi menyamakan dengan tulisan bukunya, pakaian Ko Mun-yeong adalah berlawanan dengan keadaan dalam dirinya yang lemah.

Nam Ju-ri yang ceria dan menyenangkan

it's okay to not be okay

Bagi watak yang dibawa oleh Park Gyu-young iaitu Nam Ju-ri pula, pakaian yang disarungkan olehnya adalah untuk merembeskan elemen ‘baik hati’.

Pakaian Nam Ju-ri dipadankan dengan beberapa warna supaya dapat melahirkan suasana yang selesa. Ia juga untuk menggambarkan perwatakan dirinya yang naif dan lembut. Babak di mana dia memakai baju berwarna lavender dan ditutup oleh kot panjang berwarna merah adalah set pakaian yang paling sesuai untuk menggambarkan wataknya yang baik dan menyenangkan.

Kakitangan Hospital Psikiatri OK nampak lembut

Bukan itu sahaja, pengarah kostum ini turut mendedahkan bahawa uniform berwarna lembut kakitangan ‘Hospital Psikiatri Okay’ juga membawa maksud tersendiri.

Drama ini cuba menonjolkan hospital psikiatri sebagai satu tempat yang sihat, menyembuhkan dan bukannya mengerikan. Dengan memberikan uniform berwarna pastel kepada setiap kakitangan, saya mahukan suasana yang tenang kepada hospital tersebut.

Sedikit pendedahan untuk penonton, pakaian yang disarungkan oleh Seo Ye-ji dan Kim Soo-hyun pada episod yang mendatang juga akan mula berubah sedikit demi sedikit, apabila kisah romantik di antara mereka mula mendalam.

Moon Gang-tae akan mula mengenakan pakaian yang mempunyai warna manakala Ko Mun-yeong pula akan mula menyarungkan pakaian yang lebih kasual dan selesa. Perubahan ini menandakan hubungan mereka yang semakin rapat.

Jangan main-main! “It’s Okay To Not Be Okay” mengambil serius mengenai segala aspek untuk memastikan penonton turut sama menjiwai drama ini. Mungkin anda tak perasan sebelum ini, tetapi kini mesti anda mula sedar tentang setiap perincian pada watak ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply