Ikuti Kami:

Terpalit Kontroversi Lagi, ‘Backstreet Rookie’ Dikritik Kerana Tayang Babak Rasis

Terpalit Kontroversi Lagi, ‘Backstreet Rookie’ Dikritik Kerana Tayang Babak Rasis

Macam-macam betul kontroversi yang menimpa drama “Backstreet Rookie”. Sebelum ini, ramai yang menegur kerana naskhah ini mengetengahkan perbuatan tidak sensitif di antara pelajar sekolah dan orang dewasa serta beberapa babak yang tidak menyenangkan lain.

Tapi kini, “Backstreet Rookie” kembali menjadi sebutan ramai apabila drama tersebut menyelitkan satu babak yang dianggap rasis pada orang kulit hitam.

Melihatkan babak seorang lelaki yang terkejut melihat orang kulit hitam yang memasuki kedai serbaneka tersebut, ramai penonton terutamanya daripada luar negara meluahkan rasa tidak senang dengan adegan tersebut.

Bahkan pemakaian dan tutur cara lelaki tersebut juga tidak menggambarkan identiti sebenar orang kulit hitam bahkan drama tersebut mereka watak tersebut berdasarkan stereotaip sahaja.

backstreet rookie rasis

backstreet rookie rasis

Lagi menimbulkan kemarahan apabila lelaki itu mengatakan bahawa dia berasal daripada Nigeria namun kemudiannya watak Dal-shik menyatakan bahawa mereka adalah “adik-beradik Jamaica” lantas membuktikan lagi bahawa drama ini langsung tidak melakukan kajian mendalam memandangkan kedua tempat itu adalah negara yang berbeza.

Sebelum ini, watak Dal-shik juga turut menerima hencapan penonton luar negara apabila rambut dreadlock yang distailkan olehnya telah dipenuhi oleh lalat lantas secara tersirat mengatakan bahawa rambut sedemikian adalah busuk.

backstreet rookie rasis

Tak cukup dengan itu, watak rakan Saet-byeol turut menerima kecaman apabila mengatakan bahawa mereka seperti berada dalam muzium kerana Dal-shik yang bernampilan sedemikian persis spesis manusia yang pertama. Bahkan turut disamakan dengan baka monyet Australia, “Australopithecus”.

backstreet rookie rasis

Bahkan penonton Korea juga turut meluahkan rasa kesal mereka apabila “Backstreet Rookie” cuai dalam perkara yang sensitif seperti ini. Mereka juga mengkritik pihak produksi drama tersebut yang sepertinya sambil lewa dalam menulis plotnya sehingga mengabaikan perasaan penonton daripada luar negara.

Kenapalah drama ini asyik terpalit kontroversi sahaja… /mengeluh/

 

Memalukan Korea betul..

 

Saya sentiasa berasa risau setiap kali watak ini muncul…

 

Perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif sekarang ini. Apabila melihatkan drama asyik menayangkan babak seperti ini, tak sangka saluran penyiaran terus cuai dan tak fikir langsung. Minta maaf cepat!

 

Banyak betul masalah drama ini.

Tak pastilah apa yang difikirkan oleh pihak produksi “Backstreet Rookie”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...