Tiada angin, tiada ribut, Jisoo BLACKPINK dan pemain bole Son Heung-min sekali lagi terpalit dengan gosip percintaan.
Selepas berita itu berterbangan, YG Entertainment yang menaungi kumpulan BLACKPINK telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan khabar angin ini.
Kami dengan pasti menyatakan bahawa semua gosip percintaan mengenai Jisoo BLACKPINK adalah tidak benar.
Agensi kami telah memerhatikan situasi ini secara berhati-hati. Namun apabila khabar angin ini telah tersebar di peringkat antarabangsa, kami berasa risau ianya akan memudaratkan artis tersebut dek situasi itu. Jadi, kami mahu menjelaskan kesilapan maklumat berkenaan.
Kami meminta semua daripada tidak membuat sebarang sepekulasi tidak berasas.
Sekadar pengetahuan, kedua bintang itu pernah digosipkan bercinta pada September 2019 apabila Jisoo ada menonton perlawanan bola sepak lelaki itu di England selain keduanya dilihat memakai gelang yang sama. Khabar angin ini kembali bertiup kencang apabila Jisoo dan Son Heung-min terbang masuk ke Korea dari Perancis pada hari yang sama.
Khabar angin sahaja..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.