Ikuti Kami:

“Terpaling Lejen” – Dari Sedih Ke ‘Ganas’, Lakonan Song Joongki Dalam ‘Vincenzo’ Dibanjiri Pujian

“Terpaling Lejen” – Dari Sedih Ke ‘Ganas’, Lakonan Song Joongki Dalam ‘Vincenzo’ Dibanjiri Pujian

Tiap-tiap minggu, pastinya “Vincenzo” akan menjadi buah mulut ramai apabila episod barunya ditayangkan.

Bukan lagi khabar angin bahawa Song Joong-ki merupakan seorang pelakon yang hebat. Tapi sepertinya bakatnya sekali lagi mendapat ‘thumbs up’ orang ramai apabila episod terbaru “Vincenzo” berjaya memaparkan pelbagai sisi dan wajah lelaki kacak itu.

[Amaran SPOILER]

Meskipun tidak menzahirkannya dengan perkataan tapi pastinya Vincenzo (Song Joong-ki) dan ibu kandungnya, Oh Kyung-ja (Yoon Bok-in) mengetahui perasaan masing-masing. Melihatkan anak-beranak itu meluangkan masa bersama sambil berkongsi cerita, rata-rata penonton turut menangis bersama. Malah Vincenzo yang ‘tough’ pun tidak dapat membendung air matanya daripada berguguran.

Lakonan emosi Song Joong-ki tersebut nyata membuatkan hati penonton remuk dan berendam dengan air mata. Sekaligus membuktikan bakat lakonan lelaki tersebut dalam babak beremosi.

lakonan song joongki

Bahagia tidak berpanjangan apabila pihak Babel iaiti Jang Han-seok (Ok Taec-yeon) dan Choi Myung-hee (Kim Yeo-jin) membuat keputusan untuk melemahkan Vincenzo dengan membunuh ibu kesayangannya. Silap banyak kerana tindakan bernai mereka itu hanya membangkitkan lagi ‘raksasa’ yang tersimpan kemas di dalam diri mafia itu.

Melihatkan matanya yang tidak berperasaan dalam membunuh lelaki yang mencekik ibunya sehingga mati, penonton meluahkan rasa kagum melihat perubahan emosi Song Joong-ki yang menakutkan. Sampai meremang bulu roma!

Komen netizen melihatkan babak menangis Song Joong-ki bersama ibunya:

Lakonan Song Joong-ki memang ‘gila’… seperti permata berguguran dari matanya..

 

Melihatkan lakonan sedih Song Joong-ki, saya pun berasa mahu menangis sekali.

 

Wah memang teresak-esak pada ketika itu.. terasa sungguh apabila melihat Song Joong-ki yang menundukkan wajahnya dan menangis. Bagus betul lakonannya.

 

Lakonan Song Joong-ki serius bukan main-main..

Komen netizen melihatkan babak ‘amukan’ Song Joong-ki:

Terpaling lejen. Lakonan, pembawaan dan perasaan semuanya sempurna sangat!

 

Wah.. saya hanya mampu menganga apabila melihat Song Joong-ki berlakon tanpa sebarang perkataan pun dan menggunakan matanya sahaja.. Vincenzo bawa bertenang.. saya takut..

 

Pandangan, wajah Song Joong-ki semuanya… mengagumkan.

 

Hebat betul dia berlakon tapi nampak seksi sangat?

Memang versatil sungguh Song Joong-ki! “Vincenzo” ternyata merupakan drama yang akan mengangkat namanya lebih tinggi dalam dunia lakonan kan?

Diingatkan bahawa minggu ini “Vincenzo” tidak akan ke udara kerana pihak produksi mahu memperbaiki episod akan datang. Jadi, tunggu minggu hadapan untuk episod baru tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...