Ikuti Kami:

Ternyata Popular, Episod Awal ‘The Witch’s Diner’ Raih 1.6 Juta Tontonan Di YouTube

Ternyata Popular, Episod Awal ‘The Witch’s Diner’ Raih 1.6 Juta Tontonan Di YouTube

Ramai tak yang seronok melayan drama fantasi misteri “The Witch’s Diner” lakonan Song Ji-hyo?

Bagi menarik perhatian ramai, drama asal TVing ini telah meriliskan episod pertamanya di laman YouTube. Ternyata popular, ianya berjaya meraih tontonan sebanyak 1.6 juta setakat ini.the witch's dinerRekod ini bertambah mengagumkan kerana ianya hanya dapat diakses oleh beberapa negara seperti Korea sahaja.

Malah episod pertama itu menerima pelbagai komen positif penonton,

Saya tertengok tanpa sengaja dan terus menonton sampai ke habis.

Meskipun dicadangkan untuk diriliskan dua episod seminggu tapi disebabkan kepopularitiannya, pihak produksi “The Witch’s Diner” memilih untuk menayangkan satu episod sahaja saban minggu bagi menyambung lagi ‘kegilaan’ ini.

Bukan itu sahaja, rata-rata memuji perubahan watak yang ditonjolkan oleh SOng Ji-hyo sebagai ahli sihir sofistikated di dalam drama ini. Malah lakonan Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop juga mendapat perhatian ramai.song jihyo the witch's dinerSudah pun 4 episod ditayangkan, tak sabar hendak menantikan apakah kesudahan “The Witch’s Diner”. Untuk pengetahuan, keseluruhan tayangan hanya mempunyai 8 episod sahaja.

Best kan korang drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...