Seringkali menerima kritikan dek penampilannya, Hwasa akhirnya tampil meluahkan perasaan.
Terbaru, Hwasa MAMAMOO telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Sung Si-kyung. Dalam siaran itu, penyanyi tersebut berkongsi reaksi pertamanya selepas menerima kritikan ramai kerana persembahan provokatifnya di Universiti Sungkyunkwan pada Mei lalu.
Dia mengimbas kembali,
Pada hari saya tiba di Amerika Syarikat untuk konsert jelajah MAMAMOO, saya terima banyak mesej KakaoTalk. Persembahan saya menjadi kontroversi dan terlalu banyak komen jahat. Saya biasanya tidak memikirkan mengenainya tapi kali ini terlalu banyak.
Sambung Hwasa lagi,
Saya membuat persembahan sambil berpura-pura dalam keadaan baik. Sebaik sahaja selesai, saya menangis teresak-esak di hotel. Dalam lif hotel, air mata saya mengalir ketika saya bercakap dengan ahli tentang kesusahan yang saya alami. Saya rasa saya paling banyak nangis tahun ini. Air mata jatuh seperti air terjun.
Bagi yang belum tahu, sebelum ini persembahan Hwasa juga telah menerima laporan dari Perlindungan Hak Asasi Manusia Ibu Bapa Pelajar, yang mendakwa wanita itu melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan pelajar.
Kesian Hwasa..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.