Ikuti Kami:

[TERKINI] Pelakon ‘Love With Flaws’, Cha Inha Ditemui Mati

[TERKINI] Pelakon ‘Love With Flaws’, Cha Inha Ditemui Mati

Belum lagi reda dengan hal kematian selebriti Sulli dan Goo Hara, seorang lagi pelakon lain telah ditemui mati pagi ini dan polis kini sedang menyiasat dengan lebih mendalam tentang insiden tersebut.

Pelakon baru itu yang dikenali sebagai Cha Inha merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan pelakon yang dipanggil Surprise U. Agensi naungannya iaitu Fantagio telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian pelakon mereka.

“Kami sudah mendengar berita kematian Cha Inha dan kami sedang cuba untuk mengesahkan kesahihannya.”

cha inha ditemui mati

Bagi yang tidak tahu, pelakon berusia 27 tahun itu membuat kemunculan pertama menerusi filem “You, Deep Inside Of Me” pada tahun 2017. Lelaki itu juga telah berlakon sebagai watak sampingan dalam pelbagai drama seperti “Temperature Love”, “Wok Of Love”, “Clean With Passion For Now” dan “The Banker”. Sekarang ini, dia sedang sibuk dengan drama terbarunya iaitu “Love With Flaws” sebagai watak abang kepada watak lakonan Oh Yeonseo.

Semoga mendiang bersemadi dengan aman dan nantikan berita lanjut mengenai Cha Inha nanti.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...