Ikuti Kami:

Terkesan Dek ‘Hospital Playlist’, Jumlah Penderma Organ Meningkat 11 Kali Lebih Tinggi

Terkesan Dek ‘Hospital Playlist’, Jumlah Penderma Organ Meningkat 11 Kali Lebih Tinggi

Bukan sahaja menggeletek hati ramai pada saban episod namun “Hospital Playlist” turut memberikan kesedaran mengenai hidup dan mati buat penonton.

Terbaru, dikhabarkan jumlah individu yang mendaftar sebagai penderma organ telah meningkat sejak topik itu dibincangkan secara meluas di dalam drama tersebut.

Di laman web ‘Ibu Pejabat Kempen Cinta Derma Organ Cinta’, terdapat satu entri yang menyatakan mereka menyertai kempen baik ini kerana “Hospital Playlist 2”. Kata mereka,

Menerusi drama ‘Hospital Playlist 2’, saya sedar organ yang didermakan dapat menyelamatkan ramai orang selain memberi kesan kepada kehidupan penerima dan keluarga mereka. Saya buat keputusan ini selepas menonton drama tersebut.

Kalau anda perasan, banyak babak mengenai penderma organ di dalam musim kali ini di mana seorang ibu berserah kepada takdir menantikan penderma jantung buat bayi kecilnya yang berbulan lamanya tinggal di ICU. Malah seorang anak yang turut berkorban mendermakan organ buat orang tua mereka turut menjadi topik yang dipaparkan dalam salah satu episodnya. Proses tersebut ditunjukkan dengan teliti di dalam drama tersebut sehingga ianya berjaya menyentuh hati penonton.tvn hospital playlistDisebabkan itu, semakin ramai yang mendaftar sebagai penderma organ sejak drama perubatan tersebut ditayangkan. Menurut Sistem Organ Kebangsaan dan Institut Pengurusan Darah, selepas episod mengenai pendermaan organ ditayangkan pada bulan lalu, seramai 16,231 pendaftar baru dicatatkan dalam masa 6 minggu.

Lebih spesifik, sebanyak 7,042 pendaftaran baru diterima selepas episod ke-7 di mana informasi mengenai pendermaan organ diterangkan dengan lengkap dan panjang semasa tayangannya. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11 kali lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lalu. Ini bermakna, “Hospital Playlist 2” memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya prosedur ini. Tambahan pula, jumlah pendaftaran kini semakin berkurang dek situasi pandemik yang membimbangkan.

Dahsyat kan penangan “Hospital Playlist”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...