Ikuti Kami:

Terjah Korea Mula November, Ini 5 K-Drama Bakal Tayang Di Disney+ Nanti

Terjah Korea Mula November, Ini 5 K-Drama Bakal Tayang Di Disney+ Nanti

Seperti yang dilaporkan, laman penstriman Disney+ akan membuka langkahnya secara rasmi di Korea bermula 12 November ini.

Bagi menarik perhatian ramai, laman berkenaan telah mendedahkan barisan naskhah hebat yang bakal disajikan buat peminat K-Drama menerusi laman itu nanti.

Antaranya ialah:

Snowdrop

Pelakon: Jung Hae-in, Ji-soo BLACKPINK, Kim Hye-yoon

Drama ini akan berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

disney+ snowdrop

Rookies

Pelakon: Kang Daniel, Chae Soo-bin

Ia merupakan sebuah drama kampus merangkumi kisah impian, cinta, cabaran dan cita-cita anak-anak muda di kolej polis.

disney+ rookies

Grid

Pelakon: Seo Kang-jun, Lee Si-young

Siri ini menyelongkar mengenai sistem jaring yang mampu menyelamatkan manusia daripada krisis.

disney+ grid

Sixth Sense Kiss

Pelakon: Yoon Kye-sang, Seo Ji-hye, Kim Ji-suk

“Sixth Sense Kiss” membawa kisah Hong Ye-seul yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium leher bosnya, Cha Min-hoo dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

disney+ sixth sense kiss

Moving

Pelakon: Han Hyo-joo, Jo In-sung, Ryu Seung-ryong

Drama ini membawa kisah perkembangan pelajar sekolah dan ibu bapa mereka yang menyimpan rahsia besar daripada diketahui oleh orang lain.

Selain itu, Disney+ turut akan menayangkan spin-off “Running Man” di mana tiga ahli asal program itu iaitu Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Haha akan membawa tetamu pada saban minggu untuk mencuba permainan baru.

Bukan sahaja di pawagam, malah penonton boleh menonton “BLACKPINK: The Movie” iaitu dokumentari mengenai sambutan ulang tahun kelima kumpulan idola popular ini di Disney+ nanti.

disney+ blackpink the movie

Hebat kan line-up ini semua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...