Ikuti Kami:

Terima Sistem Audio Dek Episod ‘Running Man’ Lalu, Solar MAMAMOO Balas Hadiah Sneakers Buat Song Jihyo

Terima Sistem Audio Dek Episod ‘Running Man’ Lalu, Solar MAMAMOO Balas Hadiah Sneakers Buat Song Jihyo

Ingat tak episod “Running Man” minggu lepas apabila Song Ji-hyo dan Jun So-min serta tetamu jemputan iaitu Solar daripada kumpulan MAMAMOO telah bersatu dalam kumpulan yang sama?

Walaupun mengumpul markah peribadi tertinggi dalam episod tersebut namun Solar memilih untuk melepaskan hadiah yang dimenanginya iaitu sistem bar audio demi memastikan kumpulannya diraih sebagai pemenang keseluruhan. Tapi tak sangka rupanya Song Ji-hyo secara senyap telah menghadiahkan sistem bar audio yang sama tak lama selepas episod itu dirakam.

song jihyo beri hadiah pada solar mamamooMakin sweet pula situasi ini apabila Solar rupanya telah menghadiahkan pula pelakon wanita itu dengan sepasang kasut larian. Malah Song Ji-hyo sendiri telah memuat naik hadiah tersebut di laman Instagramnya.

Solarsido (nama akaun YouTube milik Solar) Yong-sun (nama sebenar Solar)! Saya tak buat apa pun pada awak.. Saya tersentuh melihat kebaikan awak. Terima kasih, dan terima kasih sekali lagi.. Adik yang hebat Yong-sun! Saya akan sentiasa menyokong awak!!

Tak cukup dengan itu, Solar turut menghadiahkan dua bakul berisi buah-buahan kepada pihak produksi “Running Man”. Baiknya!

Seronok betul lihat hubungan baik di antara kedua selebriti ini. Semoga mereka berjumpa lagi dalam “Running Man” nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...