Ikuti Kami:

Terima Komen Jahat Serta Difitnah, Hyeri GIRL’S DAY Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Terima Komen Jahat Serta Difitnah, Hyeri GIRL’S DAY Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Agensi Hye-ri GIRL’S DAY telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang sebagai tindak balas kepada siaran yang berniat jahat dan serangan peribadi terhadap artis tersebut.

Pada 17 Disember, agensi Hye-ri, Creative Group ING mengeluarkan kenyataan berikut:

Helo, ini ialah Creative Group ING.

Baru-baru ini, terdapat peningkatan dalam siaran berniat jahat yang menyasarkan artis kami Hye-ri, seperti fitnah, serangan peribadi, gangguan seksual dan fitnah watak. Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa kami akan mengambil tindakan undang-undang sebagai tindak balas kepada siaran ini.

Dengan pemantauan berterusan oleh kami sendiri dan semua laporan yang kami terima, kami telah cuba mengabaikan siaran ini dan menganggap ianya sebagai ‘kebebasan bersuara’. Walau bagaimanapun, kami telah memutuskan bahawa tindakan individu tertentu yang secara berterusan menyasar Hye-ri melalui entri berniat jahat yang tidak berasas, ianya telah melampaui tahap di mana kami tidak lagi boleh berdiam diri dan menonton.

Oleh itu, menggunakan pemantauan berterusan kami sendiri dan bukti yang kami terima dalam laporan, agensi kami merancang untuk meneruskan dengan memfailkan tuntutan mahkamah melalui wakil undang-undang, dan kami akan membuat respons yang tegas tanpa kelonggaran.

Terima kasih.

girls day hyeri malicious comment

Haa..jaga-jaga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...