Ikuti Kami:

“Terima Kasih Kerana..” – Kembali Selepas Terpalit Kontroversi, Kim Seonho Minta Maaf

“Terima Kasih Kerana..” – Kembali Selepas Terpalit Kontroversi, Kim Seonho Minta Maaf

Setelah sekian lama, Kim Seon-ho akhirnya tampil di khayalak ramai untuk filem barunya.

Terbaru pada 22 Mei, Kim Seon-ho telah menghadiri sidang media untuk debut filemya “The Childe”, bersama pelakon lain seperti Go A-ra, Kim Kang-woo, Kang Tae-joo dan ramai lagi.

Khususnya sebelum memulakan sesi temu bual, Kim Seon-ho bercakap tentang kontroversi yang melibatkan dirinya pada Oktober 2021 lalu. Pelakon itu berkata,

Sebelum memberi salam, saya minta maaf kerana menimbulkan kebimbangan dengan hal peribadi. Terima kasih banyak kerana datang dan saya akan memberitahu anda mengenai filem ini secara berasingan semasa temuduga.

kim seonho

Tambahnya lagi,

Hari ini adalah penampilan pertama kami dan semua orang meletakkan hati dan jiwa mereka untuk menghasilkan filem ini. Saya juga mengambil bahagian dengan tekun.

Sementara itu, filem “The Childe” bakal menemui penonton di pawagam pada 21 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...