Utama Celebrity News “Terima Kasih Jadi Pasangan Terbaik..” – Raih Anugerah Utama, Hyunbin Beri Ucapan...

“Terima Kasih Jadi Pasangan Terbaik..” – Raih Anugerah Utama, Hyunbin Beri Ucapan Buat Kekasih Son Yejin

hyunbin daesang

Kelmarin telah berlangsung anugerah berprestij ‘2020 APAN Star Awards’ dan ramai nyata gembira apabila Hyunbin diumumkan sebagai pemenang Anugerah Utama (Daesang) pada malam tersebut.

Dek lakonannya yang meninggalkan kesan sebagai Kapten Ri Jung-hyuk dalam drama popular “Crash Landing On You”, lelaki itu mengucapkan terima kasih atas ucapan semua.

Terima kasih. Saya gembira kerana memulakan tahun 2021 dengan anugerah yang besar ini. Saya rasa seperti perlu bekerja lebih keras tahun ini bagi membalas kehormatan yang diberi. Sehingga kini, ‘Crash Landing On You’ telah pun menerima kasih sayang yang sangat banyak. Terima kasih kepada peminat drama terseut, bukan sahaja di Korea tapi di seluruh dunia.

Ramai orang yang berusaha keras bagi menghasilkan ‘Crash landing On You’. Saya berterima kasih kepada penulis, pengarah, dan staf produksi. Rasa berbangga dapat bekerja dengan rakan yang hebat, senior dan junior yang menunjukkan lakonan yang hebat. Saya juga berterima kasih kepada Son Ye-jin, yang menjadi Yoon Se-ri iaitu pasangan terbaik buat Ri Jung-hyuk. Kerana lakonan hebatnya, Ri Jung-hyuk mampu bersinar. Terima kasih.

hyunbin daesang

Hyunbin kemudian mengakhiri ucapannya dengan terima kasih dan berharap agar semua orang mengekalkan kesihatan yang baik dalam musim pandemik ini.

Tahniah buat Hyunbin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...