Ikuti Kami:

Terima Kasih Atas Sokongan Ramai, Kim Jongkook Derma Keuntungan 5 Video ‘GYM Jong Kook’

Terima Kasih Atas Sokongan Ramai, Kim Jongkook Derma Keuntungan 5 Video ‘GYM Jong Kook’

Walaupun lambat menyertai ‘trend’, namun siapa sangka saluran YouTube milik Kim Jong-kook menerima perhatian ramai sampaikan ahli “Running Man” lain pun cemburu.

Bagi berterima kasih dengan sokongan yang diberikan, penyanyi itu memilih untuk mendermakan kesemua bayaran yang diterima menerusi saluran ‘GYM Jong Kook’ itu kepada orang yang memerlukan.

Hello! Ini ialah Kim Jong-kook. Terima kasih sekali lagi atas perhatian dan kasih sayang anda, selain memberikan kekuatan untuk saya memulakan pengembaraan baru yang tidak mudah.

Semua! Bukanlah sesuatu yang besar… agak memalukan, tapi.. saya mahu menderma kesemua keuntungan diperolehi oleh 5 video yang dimuat naik bulan ini, tidak termasuk caj produksi. (Ini kerana pada masa hadapan, jumlah tontonan ini.. saya tak rasa ianya akan tinggi dengan mudah seperti ini..)

Disebabkan hasil yang memberangsangkan datang daripada ramai orang dan bukan saya sahaja, saya mahu perhatian dan kasih sayang itu membawa kepada kebaikan. Pengaruh positif untuk semua yang suka bersenam akan menjadi lebih bermakna dan bersinar dengan lebih terang!

Kesemua anda yang menyokong ‘GYM Jong Kook’ adalah orang yang memberikan sumbangan ini, jadi saya mahu anda berasa dihargai dan mampu bersenam dengan lebih sihat. Terima kasih!

gym jongkook

Setakat ini, saluran YouTube Kim Jong-kook sudah mencecah 1.91 juta langganan.

Baiknya Kim Jong-kook kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...