Meskipun sudah menamatkan siaran, masih ramai lagi tak habis menyebut mengenai “The Penthouse 3”.

Antaranya ialah kerana sambutan musim ketiga drama itu yang tidak sehebat musim pertama dan kedua. Hanya mampu meraih rating tertinggi sebanyak 19.1%, ianya ternyata mengecewakan berbanding catatan 28.8% dan 29.2% untuk dua musim sebelumnya.
[Amaran SPOILER]
Memberikan kejutan yang tidak dijangka, penonton nyata terpempan dengan kematian tiga watak utama termasuk tiga watak penting lain. Walaubagaimanapun, yang sering menjadi sebutan ramai ialah bagaimana plot drama ini sering membangkitkan semula watak yang sudah mati.
Disebabkan beberapa watak pernah melarikan diri daripada kematian, agak mengejutkan apabila enam watak utama dimatikan sebelum musim itu berakhir. Kata penonton, ‘semakin banyak episod, semakin berterabur drama ini’.Walaupun disambung sehingga ke tiga musim kerana kepopularitian musim pertama, ianya tamat dengan menghampakan. Jelas penonton, “The Penthouse” sepatutnya menamatkan ceritanya pada musim kedua, di mana ia menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tayangannya.
Dek kandungan provokatif yang ditampilkan di dalamnya, ada segelintir penonton yang meluahkan rasa risau sekiranya ia akan menjadi ikutan drama lain selain akan membuatkan penonton lebih muda untuk beralih kepada saluran kabel selepas ini.
Bahkan drama berkenaan telah menerima 831 aduan sepanjang tayangannya, menurut Suruhanjaya Standard Komunikasi Korea (KCC). Antara aduan yang disampaikan ialah mengenai kandungan tidak sensitif selain penggunaan rakaman tragedi daripada kejadian sebenar (runtuhan bangunan Gwangju).Apa pun, tamat sudah lah ‘roller-coaster’ panjang ini. “The Penthouse” pastinya akan menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan peminat K-Drama, kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.