Jessi telah dipuji selepas didapati menderma semua hasil pendapatannya dari festival universiti.
Terbaru, penganjur konsert mendedahkan bahawa Jessi telah menderma semua pendapatan yang diperoleh dari persembahannya di festival Universiti Dankook kepada badan amal.
Penyanyi itu sebelum ini telah hadir membuat persembahan di Universiti Dankook pada 22 Mei yang lalu, di mana dia telah mempersembahkan beberapa buah lagu terkenal seperti “Zoom”, “Nunu Nana” dan “What Type of X”.
Disebabkan terharu dengan sorakan dari pelajar-pelajar yang hadir, Jessi telah membuat keputusan untuk menyumbang secara langsung untuk menyokong pelajar di sana.
Sumbangan yang dibuat oleh Jessi itu akan digunakan untuk menyokong pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan serta menaik taraf bangunan di Universiti tersebut.
Terbaiklah Jessi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.